SETIAP hari Pak Cupit melalui sempadan Siam dengan menunggang basikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang basikalnya. Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Pak Cupit.
"Turun dari basikal, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.
Sementara pasir itu diperiksa, Pak Cupit ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.
Pak Cupit dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam.
Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa kali ini?", "Pasir" jawab Pak Cupit.
Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata.
Maka Pak Cupit dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.
Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.
Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Cupit di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Cupit minum di sebuah kedai.
Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"
"Basikal" jawab Pak Cupit ringkas.
No comments:
Post a Comment