Pages

Wednesday, 14 November 2012

NABI MENAHAN LAPAR


Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali Rasulullah s.a.w berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh.

Selesai solat, salah seorang sahabat, Sayidina Umar bin Khattab bertanya,

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat.
Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?

“Tidak ya Umar,
Alhamdulillah aku sehat dan segar.”
Jawab Rasulullah.

“Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan?
Kami yakin baginda sedang sakit”.
Desak Saidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya.
Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar.
Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak.

Para sahabat pun berkata,
“Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”.

Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut,
“Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu.
Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?
Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

Teramat agung peribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis kerana tidak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak baginda SAW.
Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.





No comments:

Post a Comment