Pages

Thursday 22 November 2012

Budak2 Pandai Cakap F**k

Dalam sebuah sekolah rendah, terdapat seorang budak darjah 3 bernama Dollah, dia dimarahi oleh gurunya (Cikgu Saodah) kerana mencarut di dalam kelas dengan menyebut f**k. Lalu Cikgu Saodah pun mendenda dollah dengan berdiri di atas meja.

"Dollah!! kenapa kamu mencarut tadi?" tanya Cikgu Saodah. Dengan perasaan marah Dollah pun jawap "Erk, saya mencarut ke Cikgu? saya ikut bapak saya cakap je". "Kamu tau ke apa maksud perkataan yang kamu sebut tadi?" tanya Cikgu Saodah lagi...


"Tahu Cikgu" jawap Dollah dgn yakin. "F**k tu maksudnya Enjin kereta takleh start Cikgu..Ayah saya selalu sebut perkataan tu"

Moral: Anak kita ibarat kain putih,andalah yang mencorakkannya..



Alahai,Serba Tak Kena

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥ 
☞ Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥ 
☞ Ish! Mahalnya? Nak jual ke anak apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.


KAHWIN UMUR MUDA ♥
☞ Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA ♥
☞ Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL ♥
☞ Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR ♥
☞ Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA. 



Monday 19 November 2012

Ape Sumbangan Kite??


Cristiano Ronaldo lelong kasut Emas untuk disumbangkan kepada tabung Palestin.

Non-Muslim pun sanggup mengorbankan sesuatu yang bernilai dalam hidup mereka atas rasa prihatin untuk membantu rakyat Palestin.

Apa pula sumbangan kita? 


Bila disuap burger free pun dah goyang.. Siap perli orang yang sokong kempen ni dengan kata2 sinis seperti "Kenapa tak boikot facebook jugak?"

Kalau kami panggil bodoh kang marah plak. Dalam usaha kempen memboikot kita pilih produk yang tidak bermanfaat buat kita serta punyai banyak pilihan lain. Contoh Mcd, ada banyak restoren lain yang menyajikan makanan yang lebih kurang sama. Umat Islam tidakkan kebuluran kalau tidak makan makanan daripada McD.

Kalau kamu tidak mampu lakukan semua perkara, JANGAN pula kamu tinggalkan semua. Buatlah apa yang kamu mampu!


Renugan bersama



♥ Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke
tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita
bawa ke supermarket.

♥ 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi

betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

♥ Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati
pemutaran filem di panggung wayang.

♥ Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika
berdoa atau sembahyang, tapi betapa
mudahnya mencari bahan percakapan bila
bertemu teman-teman.

♥ Betapa happynya bila menonton bola sepak
yang agak lama, tapi betapa bosannya bila
imam solat jika terlalu lama bacaannya.

♥ Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,
tapi novel best-seller 100 halaman pun habis
dilalap.

♥ Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila
menonton konsert atau pertandingan bola
sepak, dan berebut cari saf paling belakang
bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

♥ Susahnya orang mengajak untuk berdakwah,
tapi mudahnya orang menyebar gossip.

♥ Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat
Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa
yang dikatakan Al-Quran.

♥ Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus
beriman, berfikir, berbicara atau pun
melakukan apa-apa.

♥ Kita boleh post ribuan lawak tapi bila post
yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2X.

✔ Ramai yang MALU nak SHARE post dakwah tapi Xmalu nak share post2 lawak. (T_T)

Burung Kecil Dan api Yang Marak



DI DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Sesungguhnya tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim.

SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar. Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu. Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam
dengan air yang disiramkan itu.

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”.



#PrayForGaza

Sunday 18 November 2012

Kenape perlu boikot mcD ?



Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun da nafikan.
Nobita: McD kat sini @ mana2 pun still jual jenama dan produk sama. Jadi xkan tade kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?

Sinyu: Tapi xbaik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu'alam. It's just at the right time! Dulu penah ke ada offer free meal?

Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita xyah bayar pape, so diorang pun x untung pape.
J: Diorang akan untung sebenarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.

Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?
Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal @ haram. Ini soal kemanusiaan.

Sinyu: So, depend kat pilihan masing2 la kan nak boikot @ x? xleh paksa kan?
Nobita: Untung kita kat sini ada pilihan nak boikot @ x. Saudara kita kat sana xleh pilih pun sama ada nak diserang dan menderita @ x.

AKHLAK RASULULLAH (◕‿◕) ♥ part 2


19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun

20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat

21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas


22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya


23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut


24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara


25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan


26) Amat kasih terhadap umatnya


27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya 


28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah

29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan

30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka


31) Suka menziarahi orang sakit


32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya


33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap


34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi


35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan


36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena


37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak


JOM SELAWAT :)

AKHLAK RASULULLAH (◕‿◕) ♥ part 1



1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan


2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya


3) Sangat elok dan sempurna wajahnya



4) Baginda memilik perasaan yang halus

5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan


6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan


7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang


Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain


9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas


10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya


11) Suka membalas hadiah


12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk


13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya


14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya


15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa


16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya


17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka


18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama


JOM SELAWAT :)

Wednesday 14 November 2012

Pak Cupit Tukang Seludup


SETIAP hari Pak Cupit melalui sempadan Siam dengan menunggang basikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang basikalnya. Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Pak Cupit.



"Turun dari basikal, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pasir itu diperiksa, Pak Cupit ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.

Pak Cupit dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam.

Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa kali ini?", "Pasir" jawab Pak Cupit.

Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata.

Maka Pak Cupit dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Cupit di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Cupit minum di sebuah kedai.

Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal" jawab Pak Cupit ringkas.

NABI MENAHAN LAPAR


Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali Rasulullah s.a.w berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh.

Selesai solat, salah seorang sahabat, Sayidina Umar bin Khattab bertanya,

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat.
Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?

“Tidak ya Umar,
Alhamdulillah aku sehat dan segar.”
Jawab Rasulullah.

“Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan?
Kami yakin baginda sedang sakit”.
Desak Saidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya.
Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar.
Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak.

Para sahabat pun berkata,
“Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”.

Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut,
“Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu.
Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?
Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

Teramat agung peribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis kerana tidak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak baginda SAW.
Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.





Wanita, Jangan Mudah Tertipu^^

Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik:
"saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook.." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya..

Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita..dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA USTAZ..

...
:: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA ::

p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee..HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI..




Pahala Dari Anak




·         ·     Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang  sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 

·         ·     Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas  dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke  dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.  

·         ·     Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. 

·         ·     Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut  menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu   dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.    

·         ·     Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.  Aqrak berkata;”Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada   seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak  menyayangi tidak pula akan disayangi.” 

·         ·     Barangsiapa   ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

·         ·     Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anaklelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah   diamemerdekakan anak Nabi Ismail.

·         ·     Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu   bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah   kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak   ke atas dirimu.”

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran


Mari Kita Cuba ....! 
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar..
.
Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... 

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya



Tuesday 13 November 2012

Tumblur Part 2













Lelaki yang Pondan

Z adalah lelaki . O adalah lelaki. U adalah awek

Z : Assalamualaikum bro, aku tengok bukan main suka tergedik ko sentuh awek ko tu

O : waalaikumusalam, oh. biasalah pasangan couple kan. Haha. ko rugi time muda nie lah, enjoy. 


Z : aku enjoy dengan Allah, solat, jaga akhlak, tapi aku tak pernah usik tangan yang belum sah. Baik aku sentuh tangan ibu ayah, dapat pahala pimpin tangan ibu ayah 'lindungi my parents'.

O : bisinglah kau, speaking English konon, aku lagi malu pegang tangan ibu time jalan2. Nanti orang kata aku anak emak, dah besar panjang masih lagi pegang tangan ibu ayah

Z : kau nak tahu besi yang ditusuk di kepala lebih mulia daripada kita sentuh yang bukan mahram.

O : lantaklah kau nak kata apa2. asalkan aku happy.

U : baby, dia nie kacau lah.

Z : ok, aku beredar sekarang. tapi ingat pesananku. Lelaki yang sentuh perempuan nie pondan sebab dia ingat dia perempuan boleh usik bagai. Tak tahu malu pegang tangan wanita yang belum sah menjadi isteri ,tetapi malu memegang tangan seorang Ibu. susah mintak tolong ibu jugak. Assalamualaikum.

lelaki Z terus meninggalkan mereka berdua. si O dan U masih ketawakan mereka seperti orang gila (bayangkan). 





p/s: Rekaan semata-mata oleh sahabat d FB..Kite mampu mencegah kemungkaran dgn banyak cara.. gunekan lah pendekatan yg terbaik agar teguran dapat di terime.semoge segale usaha dan dakwah kite, tidak sia2..amin ^^






Hukum Wanita Iqamat

Soalan; Assalamualaikum ustaz...sunat tak seorg isteri iqamah masa dia solat jemaah dgn suami dia di rumah mcm sunat bagi wanita iqamah kalau mereka solat sesama jemaah wanita? jawapan ustaz sy ucapkan ribuan terima kasih.

Jawapan;

Tidak disunatkan kepada isteri melaungkan iqamah, akan tetapi suamilah yang sunat melaungkannya. Wanita hanya disunatkan melaungkan iqamah jika ia mengerjakan solat sendirian atau sesama wanita (tanpa kehadiran lelaki). Adapun azan, tidak sunat wanita melaungkannya walaupun solat sesama wanita. Jadi, yang disunatkan hanya iqamah sahaja.


Rujukan;

1. Al-Masu'ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 6/9.
2. 'Umdatu as-Salik, Ibnu an-Naqib, hlm. 38.
3. Syarah Muqaddimah al-Khadhramiyah, 1/184.

by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL



Kenape Tak Tutup??

a : abang, kenapa letak ikan goreng tu atas meja macam tu je tanpa penutup?
b : kenapa, tak boleh ke?
a : gila ape. keliling rumah kita ni kan banyak kucing.
b : dah tu?
a : tak takut diterkamnya ke?
b : habis tu kau pakai seksi dedah-dedah ni kau tak takut? gila apa?
a : apsal pulak? apa kena-mengenanya?
b : di keliling kita ni kan banyak lelaki yang kita tak tau sama ada baik atau jahat. kau tak takut diterkam ke? macam sengaja mintak diterkam je?
a : errr... (ye tak ye jugak)


Kisah wanita berpurdah membeli belah




Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut...

Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah...

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

TAMPAR PIPI, TANYA IMAN… :-)
 

Saturday 10 November 2012

Al-Quran Dan Lelaki Kacak


 Hadis yang Menarik




 Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

 Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

 Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'



Wednesday 7 November 2012

Kisah Doa Yang Makbul

Suatu malam 500 meter dari 7-Eleven. Kelihatan dua gadis tengah berbicara. Situasi nampak tegang.

Anis: "Kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku! Biarlah aku mati dilanggar keretapi dari terseksa hati begini. Sampai hati bf sendiri curang depan mata dengan awek lain! Siap pegang tangan lagi! Aku tengok sendiri kegiatan tidak bermoral beliau ittewww!"

Farah: "Astaghfirullahaladzim. Istighfar Anis. Dia bf je. Bukan suami. Lantaklah dia nak buat apa. Nanti dia dapatlah balasannya tu. Suami yang baik, dia ada ciri-ciri setia. Ko patut bersyukur Allah dah tunjuk awal-awal dia tu tak layak jadi suami."


Anis: "Tapi aku sayang dia dowh!"

Farah: "Tu bukan sayang kalau sampai nak mati. Sayang bukan boleh bawak sampai mati pun. Ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak yang soleh solehah. Itu je yang boleh."

Anis: "Argh. Boleh tak kalo tak bagi tazkirah time-time aku memerlukan macam ni?! Stress tahu tak!"

Farah: "Iya, maafkan aku. Cuma aku nak bagitau ko, Rasulullah SAW ada pesan jangan sesekali mendoakan sesuatu yang tidak baik pada diri sendiri, anak-anak atau harta kita. Kerana apabila doa itu diucapkan tepat pada waktu Allah sedang menerima doa, maka dikabulkan doa itu."

Pang! Penampar hingga di muka Farah.

Anis: "Ohh! Maksudnya, ko nak aku mampus la ni! Aku tengah panas ni. Asyik nak tazkirah je. Aku cari BFF lain je lah! Kita putus kawan! Ko pun sama, suka kat BF aku gak sebab dia ensem kan?! Aku tahu ko pernah hantar mesej dekat dia dulu! Ko pun sama je jahat!(emo)"

Farah: "Anis!"

Anis terus berlari meninggalkan Farah. Berlari dan terus berlari. Sampai di gate keretapi yang ditutup, dia teruskan juga larian. Semboyan keretapi kuat berbunyi.

Suasana bingit seketika. Hanya kedengaran bunyi bising roda keretapi bergesel-gesel berat dengan landasan besi. Hingga akhirnya keretapi tersebut sampai di stesennya.

Kelihatan tangan manusia berada di tengah-tengah landasan. Dua kaki lagi tercampak beberapa puluh meter dari landasan.

Mungkin mereka tidak sedar, tatkala kata-kata persis doa tadi diucapkan, waktu itu baru sahaja selesai azan Isyak. Belum pun dilaungkan Iqamah. Doa antara azan dan iqamah tidak akan tertolak.

Cerita oleh: Syabab Musafir Kasih









Tuesday 6 November 2012

Tujuh Ayat Cinta


Sabda Rasulullah SAW: 
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan 
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 

1. Bismillahhirrahma nnirrahim :

   pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Alhamdulliah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 

3. Astagfirrullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 

5. Lahaulawalaquatai llahbillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 

6. Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 

7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah. 


Siapa Wanita Cantik?



Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU...

Samad Pekena McD

Samad : hello mcD
mcD : iye.. nak pesan ape?
Samad : ayam ade ?
mcD : ade
Samad : boleh beradu dengan ayam laga saye tak?
mcD : (tutup telefon)

Samad: hello mcD
mcD : iye betul .. ini yang telefon tadi ye ?!!!
Samad : nak tanye makanan ni.. ayam ade lagi ?
mcD : ade !
Samad : nasi dengan ais-krim ade ?
mcD : masih ade
Samad : kesian .. tak laku ek?
mcD : dasar orang gilaaa !!! (tutup telefon)

Samad : hello mcD
mcD : weyh gile ! kau jangan nak main-2 boleh tak?
Samad : yeeee .. maaf nak tanye , bukak 24 jam ke ?
mcD : yee .. kenape ? nak pesan pape ?
Samad : takk .. cume kesian .. tak boleh tidur :3
mcD : (baling telefon)

Samad : hello ini mcD ?
mcD : kau jangan lebih-2 .. saye cari belasah baru tau ! (mula marah)
Samad : maaf .. serius .. sekarang saye nak pesan makanan niii
mcD : haaa .. camtu laa .. jangan main-2 lagi k .. nak pesan ape ?
Samad : bubur kacang hijau ade tak???
mcD : (kejang , mulut berbuih dan pengsan seketika




Monday 5 November 2012

Persoalan Di Fikiran Lelaki

Persoalan di fikiran lelaki : Mengapa perempuan tidak rela dimadu?

Kebaikan MADU berdua, madu bertiga & yg paling baik = MADU 4.

1- Kerja rumah dapat dibahagi sama rata = lebih ringan


2- Ada teman bersembang di petang-2 hari (bukan bgossip)



3- Ada teman boleh shopping = lebih cepat perabih duit suami



4- Kalau sakit, ada org lebih boleh jaga. Bukan suami aja.



5- Kalau kena suwey dengan jiran sebelah, madu2 lain boleh mai backup.



6- Ada teman main palysatition 3.



7- Anak-2 ramai, lebih meriah rumah.



8- Ada sumber susu yg banyak. Kalau malas menyusu, suruh bini no 2 or bini no 3 susukan.



9- Kalau badan dah tak muat, passing je baju tu kat isteri lain yg lebih slim.



10- Kalau suami kaki pukul, madu-2 boleh masuk buat chokeslam. Paling baik, 4 madu. Sesama bagi penerajang jet.



11- Setiap kali makan, boleh masak macam-2. Ala Barat, ala Thai, ala Arab, ala kampung style sebut ja.

Dan banyak lagi kebaikan apabila lelaki beristeri 4. :)







p/s: er..entak ek..sy pun tak suke.heheh,,mungkin sbb sikap pmpn yg tak suke berkongsi n tak nak ade org lain d smping org yg d sayangi kot...oh sugguh tak rela..heheh


Sunday 4 November 2012

Surat Bakal Mertua Kepada Bakal Menantu part 2


Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7
:Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian.

Yg ditakuti,

Bapak Kepada Gf ko.

~ fuyooo