Pages

Wednesday, 24 October 2012

Doa Di Arafah

Seafdal-afdal doa ialah DOA DI ARAFAH.
Apabila menjelang asar di negara kita bersamaan waktu zuhur di Arafah bermula gelincir matahari, Andai mata kasar kita boleh melihat, sesungguhnya langit dan bumi Arafah ketika itu hingga waktu Maghrib terasa sungguh sesak dan berasak-asak dengan turunnya ribuan malaikat, roh para Nabi dan roh orang-orang soleh. Sebaik gelincir matahari pada tanggal sembilan Zulhijjah di tanah Arab bermulalah ibadah kemuncak bagi jemaah haji yang wukuf di Arafah.

Nabi SAW sendiri diriwayatkan mula berdoa dari waktu gelincir matahari hinggalah terbenam matahari. Inilah waktu kemuncak baginda memanjangkan doa dalam juraian air mata. Haji terakhir baginda bersama umat yang sangat dikasihinya. Panjang doa baginda kerana kemuncak rindu cinta yang amat sangat untuk bertemu dengan Allah. Hiba doa baginda kerana mendoakan kesejahteraan untuk umat yang bakal ditinggalkan sesudah sempurnanya wahyu al-Quran diturunkan. Itu sejarah Nabi kita Muhammad SAW. Semuanya bersesak-sesak di bumi Arafah, sama-sama mengaminkan doa umat Muhammad yang memohon pengampunan daripada Allah SWT.
Lebih hebat lagi, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia bukan hanya mahu mengangkat doa-doa para jemaah haji sebaliknya mahu sama mengangkat doa hamba-hamba-Nya yang tiada di Arafah, yang tidak pergi haji TETAPI menghadirkan diri dalam suasana Arafah, berhimpun bersama keluarga di rumah masing-masing.

....Selamat Hari Raya Aidiladha kawan-kawan..... ^_^


No comments:

Post a Comment