Pages

Monday, 1 April 2013

Dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran di akhir hayat?


Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"
Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"
Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."
Pesakit: "Wah, apa dia?"
Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."
Pesakit: "Hm. Apa dia?"
Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."
Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.
cerita oleh: Muhammad Rusydi

Wednesday, 20 March 2013

DOA PILIHAN UNTUK SEMUA ANAK DARA (“,)



‘Allahuma Sakhirli Zaujan Solihan Yakhtibuni Wayatazauwajubi Wayakunu Sohiban Li Fiddunya Wal Jannah’
Maksudnya :
‘Ya Allah Ya Tuhanku, pilihkan daku suami yang soleh, dia yang meminangku dan akan mengahwiniku, serta jadikanlah dia sahabatku didunia dan disyurga kelak’ ♡♡♡


Kifarah


        Bila kita sebut tentang Kifarah,kifarah maknanya apa kita buat ada balasannya.Kita buat baik walaupun sebesar zarah,jahat pun ditunjuk baik pun ditunjuk.Kadang-kadang Allah simpan apa yang kita buat di hari kiamat baru nampak,ade yang di dalam kubur baru dibalasnya tetapi kadang-kadang Kifarah Allah tunjuk di atas dunia dan kita kena ingat Kifarah yang kita dapat untuk menghapuskan dosa.Tangan kita kebas,sakit cuba ingat tangan ini pernah buat apa?mungkin tangan ini pernah pegang tangan anak dara orang,mungkin tangan ini pernah tampar anak kita,mungkin tangan ini pernah jentik kucing Allah turunkan Kifarah untuk menghapuskan dosa kita tangan kita sekarang tak berapa cantik,tak berapa sedap nak genggam tangan tak berapa elok.sabarlah....itulah satu bentuk Allah nak hapuskan dosa kita,Itulah kifarah atas perbuatan kita.